In
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Tamsilannya, kaum Melayu, Cina, India, Iban, Khadazan dan sebagainya. Setiap kaum mempunyai pakaian tradisional yang berbeza.
Lelaki kaum Melayu memakai baju melayu. Perempuan kaum Melayu pula memakai baju kurung dan baju kebaya yang dibahagikan kepada dua bahagian.
Selain itu, terdapat pakaian tradisional kaum Cina yang dikenali sebagai samfoo dan cheongsam. Samfoo adalah untuk lelaki dan cheongsam adalah untuk perempuan.
Tambahan pula, untuk kaum India lelaki terdapat pakaian tradisional yang dikenali sebagai dhoti. Pakaian tradisional perempuan kaum India pula terdapat sari dan punjabi.
Lelaki kaum Iban memakai kain sirat dan dandong manakala perempuan memakai pakaian tradisional yang dinamakan bidang. Orang Khadazan pula memakai gaung, sinuangga atau sinompukung.