KAUM MELAYU

23:37:00


Baju Melayu

Baju Melayu merupakan pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan seluar panjang serta dilengkapi dengan sampin dan songkok. Selain itu, baju melayu juga terdapat dua jenis garisan leher, iaitu teluk belanga dan cekak musang.


Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Teluk Belanga juga dikenali sebagai baju kurung Johor. Baju ini biasanya terkenal di kawasan selatan Semenanjung Malaysia. Pada sekeliling leher baju disalut dengan kain lain dan dijahit “sembat halus” sementara bahagian pinggiran bulatannya dijahit “tulang belut halus”. Potongan leher Teluk Belanga dijahit secara sulaman. Potongan badan adalah lurus dan mengembang di bahagian bawah. Baju Melayu Teluk Belanga biasanya dipakai tetapan baju dengan seluar dan dilengkapi dengan kain sampin dan kain pelekat. Biasanya, kain sampin dipakai di sebelah dalam baju.
Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Semenanjung Malaysia. Potongan cekak musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Baju Melayu Cekak Musang mempunyai lima butang dan membawa falsafa sendiri. Berbutang lima merujuk kepada lima rukun Isalam. Biasanya, kain sampin dipakai di sebelah luar baju. Terdapat tiga fakta pemakaian sampin, iaitu, di bawah lutut bermaksud sudah berkahwin, di atas lutut bermaksud masih bujang dan orang yang sudah berkahwin memakai sampin singkat bermaksud dia hendak menambah isteri.



Baju Kurung

Baju kurung merupakan pakaian tradisional yang amat popular berbanding dengan pakaian jenis yang lain di golongan wanita Melayu. Baju kurung ini merupakan satu reka bentuk pakaian yang menutup badan dan kelihatan rapi. Pakaian ini mematuhi tatakelakuan pakaian Islam kerana meliputi seluruh badan dan cuma mendedahkan muka dan tangan sahaja. Pengertian kurung secara tidak langsung membawa erti mengurung atau menutup anggota tubuh. Baju kurung digunakan untuk menghadiri majlis perkahwinan, majlis agama dan majlis rasmi.
Baju Belah Kebaya Panjang

Baju Belah Kebaya Panjang dikenali sebagai ‘baju panjang’ dan ‘kebaya panjang’. Baju ini merupakan pakaian tradisional yang pada asalnya dikenakan oleh wanita di negara Indonesia dan juga Malaysia .Baju belah kebaya panjang dibuat dengan menggunakan sejenis kain yang dikenali sebagai kain kasa . Pola baju belah panjang ini masih bersifat ‘mengurungkan’ anggota badan. Secara tradisi, potongannya labuh sehingga buku lali. Tradisi itu berkembang menjadi kebaya dan direka dengan potongan bahagian tangan lebih panjang, berpesak lurus di depan, berkekek serta dada berbelah yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga. Pakaian ini biasanya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi.    








Untuk maklumat tambahan sila klik animated-arrow-image-0275





You Might Also Like

12 comments

  1. Replies
    1. Thank u for visiting our blog , hope u like it .

      Delete
  2. Replies
    1. Hope you like it , thank u for visiting our blog .

      Delete
  3. maklumat sangat membantukan, tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama , harap dapat menambah ilmu anda terhadap pakaian tradisional di Malaysia .

      Delete
  4. Sebelum melayari blog ini, saya hanya mengetahui baju kurung merupakan baju Melayu sahaja. Selepas melayari blog ini, barulah saya mendapati bukan sahaja baju kurung merupakan baju Melayu, malahan terdapat juga Baju Melayu Teluk Belanga, Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Belah Kebaya Panjang. Terima kasih kepada anda semua atas perkongsian ilmu tentang baju Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama, amat gembira kerana dapat menambah ilmu anda.^^

      Delete
  5. Maklumat anda sangat berguna , terima kasih ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama , harap dapat membantu anda ^^

      Delete
  6. Wow! Rupa-rupanya pakaian melayu ada begitu banyak jenis~ Skrg saya sudah faham~ tq~ (y)

    ReplyDelete
  7. Ya , itu merupakan sebahagian daripada pakaian melayu yang terdapat di Malaysia sahaja , masih terdapat pakaian melayu yang lain , harap maklumat tersebut dapat menambah ilmu anda .^^

    ReplyDelete

Groovy Pointer 8