KAUM IBAN
23:37:00Kain Sirat
Kain sirat juga dikenali sebagai kain cawat,
merupakan pakaian asas bagi lelaki kaum Iban. Sirat dipakai dengan cara melilitnya di
pinggang dan celah kelangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias.
Dandong
Dandong merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki kaum Iban. Panjang Dandong adalah tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.
Bidang
Bidang merupakan pakaian tradisonal wanita Iban. Bidang
merupakan sejenis kain sarung yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut.
Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang kain yang
berukuran 110 cm x 60 cm.
Kebiasaannya
bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni.
Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula
dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah
bata dan kekuning-kuningan. Malah ada di antara bidang tersebut yang dihiasi
dengan reka corak bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas
atau perak di atas kain dasar yang bewarna merah.
12 comments
Is interesting. Thanks for sharing
ReplyDeleteThank u , hope u like it .
DeleteCantiknya pakaian Iban!! Terima Kasih kongsi maklumat ini^^
ReplyDeleteTerima kasih . Harap maklumat ini dapat menambah ilmu anda terhadap pakaian tradisional di Malaysia .
DeleteLebih memahami tentang kaum Iban,tq
ReplyDeleteSama-sama . Harap anda akan menambah ilmu terhadap pakaian tradisional di Malaysia .
DeleteRupa-rupanya, pakaian orang Iban begitu unik. Cantik betul! Blog ini direka dengan kemas sekali yang berjaya menarik perhatian penonton. Syabas!
ReplyDeleteTerima kasih atas pujian anda. Kami akan teruskan usaha kita.
DeleteTHANK YOU FOR THE INFORMATION 😄😄
ReplyDeleteYou are welcome , thanks for visiting our blog . ^^
DeleteSo interesting! Thx for let me learn many things! Fantastic ^^
ReplyDeleteYou are welcome , hope u like it and thanks for visiting our blog ^^
Delete