KAUM KADAZAN

23:36:00

Lelaki Kadazan memakai gaung, souva, toogot, siga dan sinikat.

Gaung merupakan baju lengan panjang tanpa sulaman. Kini, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas. Souva pula merupakan seluar panjang hitam dengan ikat pinggang yang berwarna biru indigo. Toogot adalah bengkung pinggang yang berwarna hitam. Siga ialah penutup kepala yang diperbuat daripada kain dastard dan dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa. Akhirnya, sinikat merupakan topi bulat yang diperbuat daripada tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan diikat untuk mengukuhkan siga.



Perempuan memakai sinuangga atau sinompukung, tapi dan himpogot.

Sinuangga merupakan blaus lengan pendek dan leher berbentuk U yang dipakai oleh wanita muda. Ia mempunyai sulaman berwarna suram di sepanjang lubang kepala dan lengan, sepanjang jahitan tepi serta di pertengahan belakang. Benang yang digunakan adalah berwarna merah, kuning dan krim.

Sinompukung pula adalah blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman. Biasanya, ia dipakai di luar sinuangga seperti jeket. Kini, sinompukung dihias dan dipakai oleh wanita tua sebagai blaus. Himpogot merupakan tali pinggang yang diperbuat daripada duit perak. Biasanya, tiga himpogot dipakai bergantung kepada kekayaan pemakai.





Untuk maklumat tambahan sila klik gambar inianimated-arrow-image-0275



You Might Also Like

10 comments

  1. Replies
    1. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami, harap maklumat tersebut dapat membantu anda .

      Delete
  2. Interesting!Thanks for sharing

    ReplyDelete
  3. Orang Kadazan mempunyai pakaian yang begitu istimewa sememangnya menonjolkan keunikan kaum ini. Melalui blog ini, saya berjaya mengenali jenis pakaian orang Kadazan dengan begitu mudah kerana penjelasan yang diberikan amat jelas. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gembira kerana dapat membantu anda dan terima kasih atas pujian anda.

      Delete
  4. Lebih memahami tentang pakaian Kaum Kadazan. Terima kasih kongsikan maklumat.

    ReplyDelete
  5. This part let me know more about pakaian tradisional kaun kadazan, thx for your sharing~ Nice man (Y)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are welcome ,hope u understand the information.^^

      Delete

Groovy Pointer 8